top of page

TEKNOLOGI AUGEMENTASI REALITI (AR)

  • Ahmed Faisal Bin Mat Daud
  • Sep 14, 2017
  • 3 min read

Augementasi Realiti (AR) adalah teknologi yang membolehkan pengguna memvisualkan diantara dunia maya dengan sebahagian daripada dunia nyata yang berada disekelilingnya. Teknologi ini dihasilkan melalui gabungan objek maya dua demensi (2D) atau tiga dimensi (3D) ke dalam persekitaran sebenar tiga dimensi (3D) dan hasilnya menampakan objek maya tersebut di dalam bentuk yang nyata.

Dengan adanya teknologi augementasi realiti ini akan memudahkan pengguna dalam mendapatkan pelbagai informasi dengan lebih senang dan dalam lagi kerana teknologi ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran grafik sekeliling secara langsung.

Teknologi Augmented Reality juga boleh diaplikasikan untuk semua pancaindera, termasuk pendengaran, sentuhan, dan bauan. Hal ini membuatkan Augmented Reality sesuai sebagai alat untuk membantu pengguna dalam berinteraksi dengan dunia nyata. Informasi yang ditampilkan oleh benda maya ini boleh membantu pengguna melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam dunia nyata.

Teknologi ini sesuai untuk digunakan dalam bidang seperti kesihatan, ketenteraan, industri pengeluaran dan banyak lagi, Teknologi ini juga telah banyak diaplikasikan di dalam telefon bimbit oleh pengguna sbg cth untuk kegunaan hiburan seperti game. Selain dalam bidang hiburan teknologi ini juga telah digunakan secara meluas di dalam bidang pendidikan dan pengiklanan

Sejarah Augmentasi Realiti (AR)

Sejarah tentang Augmented Realiti ini sebenarnya sudah bermula dari tahun 1957-1962,ketika seorang yang bernama Morton Heiling telah mencipta sebuah simulator yang dipanggil Sensorama yang dapat menghasilkan visual,getaran,dan bau.

Tahun 1992 perkembangan augmentasi realiti diperkukuhkan lagi dengan melakukan penambahbaikan pada pesawat Boeing, dan pada tahun yang sama juga LB Rosenberg telah mengembangkan dan memperkukuhkan lagi salah satu fungsi sistem reality iaitu Virtual Fixtures, yang digunakan di Tentera Udara Amerika Syarikat Armstrong Labs dan memberi manfaatnya pada manusiam. Pada tahun 1992 juga, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan Doree Seligmann telah buat pertama kalinya memperkenalkan Major Paper untuk perkembangan Prototype AR.

Pada tahun 1999, Hirokazu Kato seorang warga Jepun telah mengembangkan Augmented Reality Toolkit di HITLab dan ditunjukkan di SIGGRAPH.

Pada tahun 2008, Wikitude Augmented Reality Travel Guide, memperkenalkan memperkenalkan Android G1Telephone yang berteknologi augementasi realiti.

Tahun 2009, Saqoosha memperkenalkan FLARToolkit (Flash Augmented Reality Toolkit) yang merupakan perkembangan dari Augmented Reality Toolkit.

FLARToolkit membolehkan kita memasang teknologi Augmented Reality disebuah laman web, kerana output yang dihasilkan FLARToolkit berbentuk Flash.

APLIKASI AR DI UNIVERSITI

Terdapat pelbagai cara teknologi AR dapat di ketengahkan di Universiti diantaranya adalah penggunaan teknologi AR pada buku panduan akademik pelajar dan buku konvokesyen yang mana cara ini akan memperlihatkan terknologi ini lebih kepada mesra pelanggan. Pada buku panduan pelajar, pelajar baru akan lebih jelas dan cepat mengetahui tentang universiti. Sebagai contoh teknologi AR apabila diambas pada gambar yg terdapat di dalam buku tersebut boleh mengeluarkan lagu universiti,sejarah universiti,maklumat biodata pengurusan tertinggi universiti,maklumat fakulti, peta universiti dalam bentuk 3D memaparkan bangunan-bangunan didalam universiti dan banyak lagi tentang universiti. Untuk buku konvokesyen pula selain dari maklumat seperti di dalam buku panduan akademik boleh ditambah sejarah pengenalan CANSELOR & NAIB CANCELOR terkini dan sebelum ini apabila dibuat imbasan pada gambar COKMAR didalam buku konvokesyen.

Untuk di makmal teknologi ini boleh digunakan pada semua simbol, botol bahan kimia dan peralatan yang terdapat terdapat di makmal. Pada simbol dan botol bahan kimia teknologi ini boleh memaparkan maklumat penting tentang keselamatan dan langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara yang tidak diingingini dan juga memaparkan maklumat seperti yang terdapat didalam SDS. Untuk peralatan pula teknologi ini akan memaparkan cara penggunaan peralatan dan fungsi setiap aksesori yang terdapat di dalam peralatan tersebut.

Selain itu untuk pembelajaran teknologi ini boleh diletakkan pada poster anatomi ,sel atau ikatan bahan kimia yang yang terdapat di makmal. Poster ini apabila di imbas oleh pelajar akan memaparkan organ manusia seperti jantung,otak,organel-organel yang terdapat di dalam sel seperti nukleus,jasad golgi dan ikatan bahan kimia dipaparkan secara 3D dan pelajar dapat berinteraksi dengan paparan tersebut.

Di bahagian pentadbiran teknologi boleh diletakkan pada carta organisasi. Apabila gambar staf di imbas pada carta organisasi ia akan memaparkan maklumat ringkas staf seperti nama, no telefon dan email. Selain itu ia juga boleh diletakkan di bilik-bilik kuliah yang akan memaparkan susun atur kedudukan di dalam kelas,jumlah peralatan yang ada dan juga kapasiti pelajar yang dapat ditampung

 
 
 

Comentários


bottom of page