
GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL
Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Media komunikasi ini turut menjadi satu cara untuk Kerajaan terutamanya pemimpin menyelami masalah rakyat dan mendekati golongan masyarakat.
Media sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja, dewasa mahu pun pemimpin memilih untuk menggunakannya.
Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio.
Media sosial boleh dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan penglibatan pelanggan dalam menambah baik perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan kepada pelanggan. Media sosial sebagai platform kolaborasi, membolehkan agensi berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan orang awam dan pemegang amanah untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Media sosial dapat menghubungkan agensi dengan kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang sama ada yang berada dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan