top of page

Augementasi Realiti (AR) adalah teknologi yang membolehkan pengguna memvisualkan diantara dunia maya dengan sebahagian daripada dunia nyata yang berada disekelilingnya. Teknologi ini dihasilkan melalui gabungan objek maya dua demensi (2D) atau tiga dimensi (3D) ke dalam persekitaran sebenar tiga dimensi (3D) dan hasilnya menampakan objek maya tersebut di dalam bentuk yang nyata.
Dengan adanya teknologi augementasi realiti ini akan memudahkan pengguna dalam mendapatkan pelbagai informasi dengan lebih senang dan dalam lagi kerana teknologi ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran grafik sekeliling secara langsung.
Teknologi Augmented Reality juga boleh diaplikasikan untuk semua pancaindera, termasuk pendengaran, sentuhan, dan bauan. Hal ini membuatkan Augmented Reality sesuai sebagai alat untuk membantu pengguna dalam berinteraksi dengan dunia nyata. Informasi yang ditampilkan oleh benda maya ini boleh membantu pengguna melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam dunia nyata.
Teknologi ini sesuai untuk digunakan dalam bidang seperti kesihatan, ketenteraan, industri pengeluaran dan banyak lagi, Teknologi ini juga telah banyak diaplikasikan di dalam telefon bimbit oleh pengguna sbg cth untuk kegunaan hiburan seperti game. Selain dalam bidang hiburan teknologi ini juga telah digunakan secara meluas di dalam bidang pendidikan dan pengiklanan.
bottom of page