APA ITU TEKNOLOGI MAKLUMAT?
Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu:
a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Teknologi pula adalah merujuk kepada perisian, perkakasan dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer adalah seperti unit pemprosesan pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac, OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Navigator, Safari dan Internet Exploxer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Kepentingan Dan Kegunaan Google.
Siapa tak pernah dengar. Tapi tahukah anda Google menyediakan banyak platform PERCUMA untuk memudahkan pengurusan blog. Mari kita lihat mengapa Google.
Mengapa Google?
Google mengawal lebih 75% Market Share Pada November 2016; Sumber : Netmarketshare
Google sentiasa mempertingkat dan menambah baik mutu hasil carian buat pelanggan utamanya iaitu orang ramai. Google menggunakan nama binatang seperti Penguin, Panda dan Hummingbird untuk setiap versi algorithm; Sumber : Verbat Technologies
Google mempunyai lebih 30 aplikasi percuma untuk kegunaan pelanggan. Klik di sebelah kanan atas di sebelah pautan log masuk untuk akses produk Google.
Anda hanya perlukan SATU akaun untuk kesemua servis dan aplikasi Google. Tak perlu pening-pening nak ingat banyak username atau password.
19 Aplikasi Google Untuk Blog
Akaun Gmail adalah percuma dan akan digunakan untuk mengakses semua aplikasi Google dan membuka akaun media sosial untuk bisnes anda.
Enjin carian Google mempunyai ciri seperti 'Autocomplete' dan 'Suggest' yang juga membantu mengoptimumkan blog. Ciri-ciri ini akan digunakan untuk mencari katakunci yang sesuai dengan perniagaan anda.
Chrome juga mempunyai aplikasinya tersendiri yang akan membantu bukan saja blog anda, tetapi juga aplikasi Google yang lain. Contoh, Moz Bar dan Serpworx untuk SEO, atau Keyword Everywhere dan Instakeyword untuk katakunci.
Drive adalah percuma untuk 15GB. Pastikan fail dan sumber terkini berada di Drive untuk mudah akses.
Docs, Sheets, Slides dan Forms merupakan aplikasi alternatif kepada Microsoft Office. Tidak memerlukan lesen dan percuma. Setiap fail yang dicipta disimpan terus ke dalam Drive.
Penggunaan kalendar juga boleh digabungkan dengan Gmail, Hangout dan Maps. Jika anda 'sole proprietor' macam saya, kalendar sangat penting untuk menetap 'deadline' dan 'goal setting'.
Anda mungkin sudah pun menggunakan aplikasi Terjemahan ini. Penting untuk meihat kepada semua cadangan terjemahan yang diberikan
Google Keep membolehkan anda menyimpan idea untuk blog anda melalui nota, senarai, gambar atau audio.
Hangout sangat efektif untuk berhubung terus dengan pembaca blog. Ia tidak sepopular Whatsapp atau Telegram, tetapi jika anda di pelayar web, anda tak perlu keluar untuk berhubung dengan pembaca, anda hanya buka tab yang baru atau guna Gmail anda untuk menggunakan Hangout. Hangout juga merupakan sumber infomasi untuk SEO kerana kakitangan Google rajin melakukan kelas hangout untuk topik tertentu.
Youtube boleh dijadikan sebagai sumber trafik kepada blog anda. Dan merupakan saluran iklan untuk produk dan servis anda.
Google Plus penting untuk SEO setempat (Local SEO). Jika anda ingin kedai anda mendapat kedudukan tinggi dalam hasil carian setempat, anda perlu buka akaun Google Plus.
Penting untuk anda memasukkan maklumat yang sama di My Business dan blog untuk memudahkan enjin carian. Anda juga perlu memuat naik gambar kedai anda (sekiranya ada) untuk lebih senang di cari di Google.
Anda perlu daftarkan bisnes anda dengan Google Map atau Peta melalui My Business. Sekiranya anda telah melakukan dengan betul, anda akan lihat hasil carian untuk bisnes anda seperti dalam gambar.
Analisa terhadap aktiviti pembaca di blog anda dilakukan dengan menggunakan Google Analytics. Ini membantu anda mencapai objektif blog anda. Untuk blog bisnes anda yang bertujuan mengumpul senarai pelanggan, objektif anda adalah 'conversion rate' iaitu berapa ramai pembaca yang akhirnya melanggan blog anda melalui email.
Keyword Planner digunakan untuk mencari katakunci yang sesuai untuk digunakan sebagai topik anda. Katakunci yang banyak dicari oleh pengguna, persaingan tinggi dan nilai bid yang agak mahal adalah katakunci terbaik berpotensi tinggi untuk buat duit online.
Anda gunakan Google Trends untuk melihat trend sesuatu topik atau katakunci. Dan anda cuba elakkan topik yang sedang trending ke bawah. Hanya gunakan topik yang sedang trending menaik atau mendatar.
Anda boleh gunakan Google Alert dengan meminta Google memaklumkan sekiranya laman atau blog tertentu mengeluarkan apa-apa entri baru. Ini sekiranya anda tak mahu tuan blog tahu anda sedang mengikut blog beliau. Atau anda boleh minta Google memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat entri baru tentang katakunci tertentu.
Search Console merupakan aplikasi paling penting bagi pemilik blog untuk memastikan strategi SEO yang anda gunakan berkesan dan membantu blog bisnes anda.
Senarai aplikasi Google tak lengkap tanpa Adsense. Ia merupakan aplikasi utama untuk blogger menjana pendapatan.
REVOLUSI 4.0
MEDIA GALLERY


















