
BRIDGING PROGRAM
Kursus Peralihan Bagi Jawatan Pembantu Makmal (C19/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains (C29)
Objektif Utama Kursus ini adalah :
Melahirkan staf Pembantu Makmal yang mempunyai kompetensi yang cekap, terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan dalam membantu staf akademik.
Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29.
Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29
melalui urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
Terdapat 3 tahap yang wajib disertai oleh semua peserta.
Pengiktirafan bertaraf Diploma diberikan kepada peserta yang berjaya mengikuti dan lulus keseluruhan tahap yang ditawarkan.