top of page

Lawatan ke MaGICX

  • Ahmed Faisal Bin Mat Daud
  • Apr 28, 2017
  • 2 min read

Pada 28 Apr 2017 kesemua peserta program Bridging 2017 telah melakukan satu lawatan ke Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX). Pejabat MaGICX ini terletak di bangunan Pengurusan Makmal Universiti (PMU) iaitu di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor . Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kecanggihan teknologi terkini kepada peserta program Bridging 2017.

Lawatan peserta program Bridging 2017 ini yang bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1200 tengahari telah disambut oleh En. Ab Al-Hakam Bin Ab Rahman yang merupakan Jurutera Sistem di MaGICX.

Menurut En. Ab Al-Hakam Bin Ab Rahman (Jurutera Sistem), MaGICX telah ditubuhkan pada tahun 2013 dimana ia adalah kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan ekosistem industri kreatif yang memberi tumpuan kepada gamification dan penggayaan kandungan digital.

Bagi tujuan untuk memupuk minat orang ramai, MaGICX telah mewujudkan beberapa ekosistem seperti MaGICXcel, MaGICXpert, MaGICXplore, dan MaGICXpose yang mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri.

MaGICXcel

Satu tempat permulaan semua bakat-bakat yang mempunyai idea untuk membantu mengembangkan idea dan memulakan syarikat mereka dibawah MaGICX inkubator dengan bimbingan pakar dan kemudahan yang lebih canggih.

MaGICXpert

Memberi perkhidmatan kepada bakat-bakat yang ada untuk menjadi pakar dengan menyertai latihan & kursus-kursus profesional, bengkel & seminar dan pertandingan di bawah bimbingan MaGICX.

MaGICXplore

Memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran daripada pencipta pakar rangkaian MaGICX dari penyelidikan dan penerbitan terkini dan revolusi.

MaGICXpose

Membimbing anda melalui selok-belok aspek perniagaan dalam pengkomersialan produk & perkhidmatan anda.

MaGICX juga telah memberi tumpuan kepada beberapa bidang kajian khusus seperti untuk mewujudkan produk yang berkaitan Media Islamik, Perubatan, Pendidikan, Minyak & Gas, Sejarah Silam dan Teknologi Interaktif.

Sepanjang penubuhan MaGICX telah menghasilkan beberapa produk yang bertaraf dunia seperti VISS-3D Visualization Interactive Surgery System (Perubatan), wARna (pembelajaran kanak-kanak), MOSTI Interactive Wall & Mobile App (pengenalan syarikat), Boboiboy Bounce & Blast (Permainan) serta banyak lagi.

Comentarios


bottom of page